Ahad, 15 Mei 2011

~! TiDaK KiSaH TiDaK BeReRTi TiDaK MeNGaMBil TaHu !~

 Assalamualaikum....


rasanya dah lama MiHaDa xupdate blog ni,bkan kerana terlalu sibok tp oleh sbb kekangan masa yg melanda ...
mengakibat blog ni xter-update..tp apa pn slalu MiHaDa rsakn kdg2 MiHaDa  xsibok sgt pn,tp mmg MiHaDa suka sgt wt2 sibok...haha

tp apapun  utk post kali ni MiHaDa  nk kongsikn gambar sewaktu MiHaDa  pergi ke program hari keluarga FMC INSANIAH....




























         

         

          

           



Isnin, 11 April 2011

~! GuNa MaSa KeSeMPaTaN iNi dGn SeBaiKNYa !~

Di Kesempatan minggu  utk STUDY WEEK ini, MiHaDa ingin berkongsi artikel yg telah dibaca   MiHaDa supaya kita dapat sama2 mengambil apa yg telah disampaikn utk kita fahami dan amalkannya...


Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran



Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]











]


Khamis, 17 Mac 2011

~! SeNYuM itU SeDeKaH,PeNGuBaT DuKa,PeNaWaR HaTi !~


utk kali ni MiHaDa nk kongsi cerita tentang SENYUM..=)


Senyum….Senyum itu sedekah.
Senyum merupakan cara terbaik untuk membuat diri anda cergas sambil membantu tubuh anda untuk berfungsi lebih baik. Senyumlah untuk meningkatkan kesihatan anda, kurangkan  stres, dan tingkatkan daya tarik anda. Senyum adalah salah satu cara mudah untuk hidup lebih lama dan cubalah seperi di bawah ini
1. Senyum buat anda nampak menarik.
2. Senyum mampu mengubah mood anda. Daripada mood muram kepada ceria.
3. Senyum membawa kegembiraan bersama dalam diri anda.
4. Senyuman dapat melegakan stress.
5. Senyum…mampu meningkatkan sistem imun
6. Senyum mampu menurunkan kadar tekanan darah
7. Kajian telah menunjukkan bahawa senyum mampu menghasilkan endorfin, pembunuh rasa sakit (pain killer) dan serotonin. Senyum adalah ubat yang semulajadi.
8. Senyum mampu mengangkat wajah dan membuat anda lebih muda.
Otot-otot yang kita gunakan untuk tersenyum mengangkat wajah, membuat seseorang tampak lebih muda.
9. Dengan tersenyum ia membuat anda nampak lebih berjaya
10. Senyum Membantu Anda Tetap Positif

sekian dari MiHaDa utk post kali ni...
Haa...sblom 2 jom kita layan lagu SENYUM ni..haha


JANGAN LUPA SENYUM SEMUA...=)

Ahad, 13 Mac 2011

~! MeNoNGKaH ARuS,MeLaYaRi SaMuDeRa !~

Rasanya da lama dh MiHaDa xupdate blog ni...
nk kata sibok,mmg sibok pn...
sememangnya MiHaDa sibok walaupn xsibok...
smmgnya suka cari pasal n xpasal2 cari pasal..haha


kali ni bknnya nk memeningkn kepala @ memusingkn kepala tp smmgnya nk bg pening pn...haha
utk post kali ke-2 ni..MiHaDa nk kongsikn pngalaman pertama MiHaDa mengail di tengah laut sekitar PULAU LANGKAWI sehari semalam taw...
smmgnya MiHaDa bknnya peminat mengail ttp disbbkn MiHaDa ni sukakn CABARAN,suka MENCARI PENGALAMAN BARU,tanpa ragu-ragu,tanpa berfikiran panjang...MiHaDa trus mnyahut ajakan rakan utk bersamanya...haha






haa..ni masa mula2 dok tgu bot....








ni plak muka2 yg wt steady,padahal bot xjlan g pn..haha



yg ni kwan MiHaDa nma glamour dya Jihaa...


haa...yg ni nma dya Ikram..maaf blom ckup umo utk sama umo ngan MiHaDa lg..haha

yg ni plak..ni Abg.Afuan..leh gagah laa...haha


haaa...yg ni plak masalah ckit...sbb MiHaDa lupa plak nma dya....haha





yg ni plak nma dya Farahin,masa knai dlu igtkn dya abang,rpanya sama umo..haha









yg ni plak nma dya..ABG DIN..alaa..yg jga sukan KuiN 2..haha



haa...yg ni xpayah dok knai dya ni mmg glamour,tngok ja la gaya dya pgg joran(box kail)  2...haha



owh..sblom tlupa...tnpa pak cik ni xjalan la bot kami nek ni...ni pak cik pnya bot...






ni sapa taw natang pa ni? haha...
ni la ASTRO bot ni..hahahha...






haa...tnpa buang masa lg kami pn bsiap2 la pasang mata kail...




tanpa ragu2..mata kail pn dilpaskn...



haa...yg ni mmg da tlebey exicited..nk tido pn xmow lpas lagi joran dya..haha






fuhhhh..! penat la..relax dlu laa...mlam st g plak sambung...






waah..! indahnya sang suria yg mahu menghilangkn dirinya...



walaupn senja bkunjung tiba.....
perjuangan masih diteruskn...
     


haa...nmpak x cahaya 2? nk taw yg ni bknnya pasar mlam dtgh laut..haha....
yg ni adalah bot orang dok mengai n candat sotong..


tau x?pasai pa lampu 2 dihala kebawah..?
yg ni sbnarnya utk tarik perhatian sotong krn sotong tertarik dgn cahaya...


haa...ni la sotong yg dicandat..haha..


mengail mengai jgak..tp mkan xlupa pnya..haha..
tngok...xberi peluang...xtggal kesan tu..haha



haa..yg ni nma dya ikan...nma dya xtaw...wlau kcik tp puas ati gak dpat dya..haha


da penat sehari semalam di laut kami pn blik laa...ni time posing ja la..haha


ni la hasil kami...ALHAMDULILLAH...byak gak ni...


haa...ni time bahagi hasil...1 utk kau 1 utk aku...haha...

Rsanya da byk dh ceta ni...nnti cerita len plak laa...

  CeRiTa MiHaDa akn disambung lagi nanti...



SEKIAN....!